Friday, June 20, 2014

Strategi Lautan Biru Mampu Menjana Ekonomi Tempatan




Apa itu Strategi Lautan Biru atau BOS?


Strategi Lautan Biru atau lebih dikenali sebagai Blue Ocean Strategy (BOS) merupakan suatu revolusi didalam strategi perniagaam dan inisiatif global bagi mengabungkan kreativiti dan inovasi di dalam perancangan perniagaan dan operasi bagi menguasai pasaran yang tidak terbatas. Suatu keusahawanan pada kelas dunia masa hadapan amat perlu bergerak jauh daripada pendekatan tradisi yang meningkatkan produktiviti dan insentif kepada pelanggan–pelanggan untuk terus mengekalkan kedudukan teratas melalui persaingan yang semakin sengit.

Berdasarkan buku bacaan dan artikel mengenai BOS, sesuatu syarikat baik yang besar ataupun kecil tidak akan dapat bertahan atau kekal selamanya dalam pasaran perniagaan, sebaliknya kejayaan dan ketahanan sesuatu syarikat itu datang daripada keadaan proaktif yang bertentangan budaya, sosioekonomi, alam sekitar, kemajuan teknologi disamping mampu mengadaptasi rangka kerja baru dan perniagaan berasaskan alatan analatikal bagi membangunkan Strategi Lautan Biru.

Dengan berkembangnya populariti pendekatan Strategi Lautan Biru secara global, kebanyakan syarikat-syarikat kelas dunia akan meninggalkan kaedah pendekatan tradisi iaitu dengan mengambil pendekatan untuk memaksimakan produktiviti disamping merendahkan harga bagi melestarikan perkembangan yang boleh menguntungkan. Bagi menguasai peluang-peluang perniagaan, sesuatu syarikat itu perlu berubah dari pendekatan peningkatan kemajuan yang mempunyai kuantum kejatuhan, maka sebarang usaha adalah diperlukan untuk melakukan inovasi dengan utiliti pelanggan, harga dan kos yang menciptakan kesan paksaan kepada segmen pengguna yang tidak terhad. Strategi Lautan Biru memerlukan matlamat perniagaan yang jelas, bercambah, tanda garis paksaan dan melihat merentasi pelbagai industri/perkhidmatan, kumpulan strategik didalam industri, rantaian pembeli–pembeli dan fungsi/emosi yang dipaparkan oleh pembeli-pembeli. 




Strategi perniagaan masa depan akan menjadi seolah seperti melakar sebuah pelan yang dilukiskan di atas kain kanvas dan meletakkan gambaran besar kearah tumpuan, mengiktiraf keperluan untuk berubah, meneroka pilihan-pilihan perniagaan, melakarkan nilai lengkungan melalui pelbagaian perspektif untuk membuat keputusan serta mengekalkan hubungan yang efektif dalam berkomunikasi. Dengan kemajuan revolusi teknologi maklumat, globalisasi perniagaan dan peranan WTO, secara totalnya telah menumpukan kepada alam sekitar, ketiadaan zon–zon masa iaitu beroperasi secara 24 x 7, secara langsung akan memberi impak yang besar terhadap setrategi-strategi perniagaan keusahawanan masa kini.

Corak kepimpinan global masa depan perlu melihat akan kewujudan permintaan, melakarkan pasaran baru, meletakkan urutan strategik kepada pembeli utiliti, harga, kos, pengangkatan dan masalah serta halangan organisasi. Dengan membina dan mengadaptasi Strategi Lautan Biru pelan tindakan perlu digerakkan bukan hanya seperti melakar di atas kertas tetapi suatu perubahan berterusan keatas proses permintaan, komitmen, inetgriti, kepercayaan, sikap positif pada tahap yang tinggi dan tenaga bagi mengekalkan tekanan-tekanan daripada pelbagai sudut dan ruang pasaran.



Aktiviti Pelancongan Berasaskan Komuniti dari Sudut BOS



Di Malaysia, industri pelancongan jenis ini digerakkan dalam kategori pelancongan luar bandar atau Desa, Ladang, Agro dan Eco dengan menjadikan produk “homestay” atau penginapan Inap Desa sebagai produk utama. Pada masa ini produk yang berkonsepkan program Homestay atau pelancongan Homestay telah menjadi perhatian Kementerian Pelancongan Malaysia sebagai satu produk pelancongan yang mampu memberi sumbangan pendapatan negara.

Program Homestay yang pertama yang mendapat sokongan daripada Kementerian Pelancongan dalam tahun 1988 ialah program Homestay Desa Murni yang merangkumi 5 buah kampong berhampiran Temerloh, Pahang. Penduduk tempatan yang tinggal disekitar kampung-kampung ini telah bekerjasama untuk mengujudkan program Homestay yang akhirnya telah membuahkan hasil terutama kepada pembangunan sosio ekonomi penduduk-penduduk sekitar.

Mengikut penerangan daripada pengasas program Homestay Desa Murni, Tuan Haji Shariman Hamdan, didapati Homestay tersebut telah menerima lebih dari 5,000 pelancong untuk tahun 2000. Hasil kajian mereka didapati 40 orang pelancong yang membeli pakej penginapan dan aktiviti di Homestay Desa Murni selama 3 hari 2 malam mampu menjana pendapatan purata kepada pengusaha sebanyak RM150 untuk setiap pelancong. Dengan itu setiap pengusaha boleh memperolehi sehingga RM1,388 pendapatan sebulan dari perusahaan Homestay tersebut.





Dalam memperkenal produk pelacongan aktiviti pemasaran adalah merupakan aspek terpenting untuk menentukan kedatangan pengunjung. Difahamkan banyak aktiviti pemasaran Homestay dibuat oleh operator bebas yang tidak semestinya terdiri dari penduduk yang memliki kemudahan Homestay. Fakta ini disokong oleh laporan Unit Perancangan Ekonomi semasa kajian RMK8 dimana peratusan pendapatan pelancongan daripada pendapatan akaun perkhidmatan dalam imbangan pembayaran meningkat daripada 32.7 peratus pada tahun 2000 kepada 43.0 peratus pada tahun 2005.


Dengan mengambil kira jumlah kemasukan pelancong asing dan rakyat tempatan yang melancong ke luar negeri, sumbangan bersih pelancongan meningkat daripada RM11.2 bilion kepada RM18.1 bilion dalam tempoh yang sama. Pembangunan pelancongan juga menyumbang secara positif kepada perkembangan aktiviti dalam subsektor terutamanya industri hotel, kembara dan siar, peruncitan dan restoran serta pengangkutan.




Dalam laporan RMK10 Unit Perancangan Ekonomi melaporkan  Malaysia berada di kedudukan ke-16 dari segi pendapatan pelanconganan dan menguasai hampir 2% daripada syer pasaran global pada tahun 2008. Industri pelancongan menggaji 1.7 juta pekerja atau hampir 16% daripada jumlah guna tenaga pada tahun 2008. Antara tahun 2006-2009, pendapatan industry pelancongan meningkat sebanyak 67.1% kepada RM53.4 bilion dan ketibaan pelancong meningkat sebanyak 43.6% kepada 23.6 juta orang.

Unit Perancangan Ekonomi juga telah membuat pelan perancangan di mana bagi sasaran tahun 2015, dalam sektor pelancongan tumpuan akan diberikan untuk menarik lebih ramai pelancong berbelanja tinggi dan memperluas pasaran daripada negara yang mempunyai pertumbuhan tinggi, terutamanya Rusia, India, China dan Timur Tengah, di samping meningkatkan bilangan ketibaan pelancong. Bagi tujuan ini, antara strategi utama yang akan dilaksanakan adalah menggalak pendekatan strategi berbeza bagi memenuhi corak dan keperluan pelancong yang unik dan tersendiri seperti cabaran alam semula jadi (termasuk eko-pelancongan), kepelbagaian budaya, dan keriangan keluarga. 





(...bersambung)



  



No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana mengikuti blog ini.
Thank you for following this blog.